aku ni, bukan seorang yang baik. aku megakuuuu sangat sangat. hmm. kalau nak dibagitahu tang manaa yang tak baik tu, rasanya tak payah la kan. for what nak bukak aib sendiri kan. well for sure semua orang ada khilaf masing masing.
cumanya aku terfikir, aku jadi macam aku yang ni, sebab apa. sebab orang suruh ke, sebab macam ni tak salah ke, atau apaa apa lah kan. well cuba tanya diri sendiri balik, kenapa kita suka sakat orang, kenapa kita suka buka aib orang, kenapa kita suka kutuk orang, kenapa kita suka mengeluarkan kata kata teeettt. haa.
aku tak tuding jari pada siapa siapa. macam aku cakap tadi lah, semua orang ada kekhilafan masing masing. tapi pernah tak kita ambil seminit dua dari 1440 minit yang kita ada untuk renungkan baik, muhasabah diri.
aku cakap ni bukan apa, kadang kadang aku tak puas hati dengan sesetengah orang yang anggap semua benda kena ikut kehendak mereka. aku sendiri kadang kadang rasa macam tu. bapak aku selalu pesan, sebelum tido, baca selawat, alFatihah, ayat Kursi, muhasabah diri balik apa yang kita dah buat seharian, maafkan orang sebelum tidur. tapi kadang kadang aku redah je tido kalau penat ke sedih ke. haha kantoi.
so senang cerita cari balik, atau sedar balik mana asal kita, kenapa kita dihantar ke dunia ni, kenapa kita berada kat tempat kita berada sekarang. kalau kita berada di atas, itu bukan tiket untuk kita hina dan pandang rendah pada orang dibawah. kalau kita di bawah, tak perlulah kita nak cemburu dan iri dengan orang di atas. cukup sekadar berkongsi kegembiraan dan berusaha mencapai tahap sebagaimana mereka.
aku cakap ni sebagai peringatan kepada diri sendiri jugak. aku sedaya upaya cuba elakkan diri dari melangkah ke arah yang salah. dari melakukan apa apa perkara yang dulunya aku benci bila orang buat kat aku. suatu hari kalau aku tersasar sekurang kurangnya ada orang nak nasihat kat aku sebagaimana aku kongsikan ini kat orang orang walaupun aku tahu bukan ada orang baca mende alah ni. haha.
senang cerita "Habluminallah wa habluminannas" jaga perhubungan dengan Allah dan jaga perhubungan dengan manusia. tak seimbanglah kalau sibuk beribadah tapi hubungan dengan manusia kita biarkan sepi dan buruk. sesungguhnya kalau buat salah dengan Allah, kita kembali bertaubat dan insyaAllah Dia ampunkan kerana sesungguhnya dia Maha Pengampun. tapi kalau buat salah dengan manusia dan dia tak maafkan, apa boleh kita buat.?
aku cuba berubah ke arah kebaikan. mohon beri tunjuk ajar.
semoga bermanfaat.
Wassalam.