Showing posts with label aamiin. Show all posts
Showing posts with label aamiin. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

Stop and stare

Assalamualaikum awak awak. bukan burung awak awak tapi kita bagi salam kat awak lah. kekonon macam adaa lah awak awak yang nak baca ini tempat. haha. hmm. aku nak post emosi sikit malam neh. emosi sihat la. haha.

aku ni, bukan seorang yang baik. aku megakuuuu sangat sangat. hmm. kalau nak dibagitahu tang manaa yang tak baik tu, rasanya tak payah la kan. for what nak bukak aib sendiri kan. well for sure semua orang ada khilaf masing masing.

cumanya aku terfikir, aku jadi macam aku yang ni, sebab apa. sebab orang suruh ke, sebab macam ni tak salah ke, atau apaa apa lah kan. well cuba tanya diri sendiri balik, kenapa kita suka sakat orang, kenapa kita suka buka aib orang, kenapa kita suka kutuk orang, kenapa kita suka mengeluarkan kata kata teeettt. haa.

aku tak tuding jari pada siapa siapa. macam aku cakap tadi lah, semua orang ada kekhilafan masing masing. tapi pernah tak kita ambil seminit dua dari 1440 minit yang kita ada untuk renungkan baik, muhasabah diri.

aku cakap ni bukan apa, kadang kadang aku tak puas hati dengan sesetengah orang yang anggap semua benda kena ikut kehendak mereka. aku sendiri kadang kadang rasa macam tu. bapak aku selalu pesan, sebelum tido, baca selawat, alFatihah, ayat Kursi, muhasabah diri balik apa yang kita dah buat seharian, maafkan orang sebelum tidur. tapi kadang kadang aku redah je tido kalau penat ke sedih ke. haha kantoi.

so senang cerita cari balik, atau sedar balik mana asal kita, kenapa kita dihantar ke dunia ni, kenapa kita berada kat tempat kita berada sekarang. kalau kita berada di atas, itu bukan tiket untuk kita hina dan pandang rendah pada orang dibawah. kalau kita di bawah, tak perlulah kita nak cemburu dan iri dengan orang di atas. cukup sekadar berkongsi kegembiraan dan berusaha mencapai tahap sebagaimana mereka.

aku cakap ni sebagai peringatan kepada diri sendiri jugak. aku sedaya upaya cuba elakkan diri dari melangkah ke arah yang salah. dari melakukan apa apa perkara yang dulunya aku benci bila orang buat kat aku. suatu hari kalau aku tersasar sekurang kurangnya ada orang nak nasihat kat aku sebagaimana aku kongsikan ini kat orang orang walaupun aku tahu bukan ada orang baca mende alah ni. haha.

senang cerita "Habluminallah wa habluminannas" jaga perhubungan dengan Allah dan jaga perhubungan dengan manusia. tak seimbanglah kalau sibuk beribadah tapi hubungan dengan manusia kita biarkan sepi dan buruk. sesungguhnya kalau buat salah dengan Allah, kita kembali bertaubat dan insyaAllah Dia ampunkan kerana sesungguhnya dia Maha Pengampun. tapi kalau buat salah dengan manusia dan dia tak maafkan, apa boleh kita buat.?

aku cuba berubah ke arah kebaikan. mohon beri tunjuk ajar.
semoga bermanfaat.
Wassalam.



Thursday, November 29, 2012

Thinking in a bit


  1. Ehem ehem. Assalamualaikum. Dah lama tak mengarut kat sini kan. Hehe. Sebenarnya bukan apa, sibuk laa. Sibuk gegila jugak laa. And aku jarang online guna lappy kat kolej ni. So macamnye malas ah nak hapdet segala apa. Teehee. Sebenarnya aku ada benda nak kongsi. Hmm. Sound macam serious ek. Haha. Takdela.
                Harini aku last paper untuk test 2 sem dua aku. So subjek harini ialah calculus which memang dedasat punyaa mengira. So pagi aku ada kuliah pertanian. Then ada masa renggang aku spend study kalkulus. Petang pulak ada kuliah kimia, and lepas tu sambung lagi study. 
    Memang sebenarnya aku rasa test kali ni lah yang aku paling serius study and revise segala apa semua tu ha. Haha. Serius. Selama ni kalau aku dah tak faham satu tajuk tu aku buat tak tahu je. Takde rasa nak pahamkan pun. Lagi lagi math la kan. Haha. Tapi tadi aku semangat sangat nak revise walaupun topic dia differentiation. Haa gila tak gila aku punyaa lah lemah menda tu time SPM. Hoho. Tapi alhamduillah la. Bole la mengarut kat buku jawapan tu. Daripada kosong, kosong *nyanyi* haha.

                Dan aku belajar satu benda baru harini, lebih bermakna dari differentiation sebenarnya. J benda tu ialah, aku rasa malang sangat harini. Hehe. Bukan rasa malang tu pelajaran yang aku terima. Okela mehla aku straight to the main point kay.
                Malang yang aku hadap harini :

    1.      Aku tak dapat nak kawal rasa berjimat bila aku spend banyak untuk makan.
    1. Aku tak dapat beli air gedegang sebab semua dah habis so aku end up exhausted nak sit for exam.
    2. Aku tak sempat balik kolej nak mandi or else aku tak dapat nak revise.
    3. Aku balik exam malam kena jalan kaki ke kolej sebab aku beli makanan dekat kolej lain punya food court.
    4. Aku terjatuhkan aiskrim yang kawan aku belanja so aku dapat makan kon dia je.
    5. Aku nak gantung baju masa nak mandi tapi tercampak baju and end up jatuh atas lantai basah.
    6. Aku jawab math entah apa apa padahal lecturer dah bocorkan soalan cuma aku tak perasan
    7. Aku nampak crush aku jalan nan girl lain. *ini paling bodo* 

    so macam tu lah. aku rasa malang gila dehh. macam semua benda tak memihak kat aku. macam semua dugaan datang selepuk pada aku dalam satu masa sama. ni nasib baik training handball cancel. kalau tak tu boleh dikira kemalangan jugak. 
    tapi bila aku fikir balik, aku tak malang pun sebenarnya. mana ada orang nasib malang dalam dunia ni. betul tak? sebenarnya kita je yang anggap nasib kita malang. cuba bayangkan berada kat tempat orang yang di bawah kita. apa beza dia.? banyak. kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada dan hadapi sebab semuanya mengajar kita tentang kehidupan. dan pada aku tu bukan nasib malang tapi lebih kepada takdir. bukan aku nak salahkan takdir atas semua kesulitan yang aku ada sepanjang hari ni, tapi cuma aku nak kata yang semua tu datang dari kelemahan aku sendiri. dan semua tu dugaan. bila fikir balik ke"malang"an aku kat atas tu... 

    1. Aku patutnya kawal nafsu dan disiplinkan diri dalam berbelanja.
    2. Aku patutnya bawak bekal air jarang dari kolej so aku tak payah susah2 beli air atau cari air.
    3. Aku patutnya dah study awal ataupun bersiap awal supaya dapat urus diri dan study dalam waktu yang singkat.
    4. Aku patutnya pilih tempat makan yang senang untuk aku datang dan balik.
    5. Aku patutnya lagi hati-hati pegang kon aiskrim supaya tak bazirkan rezeki.
    6. Aku patutnya lagi hati-hati letak baju supaya tak jatuh dan basahkan baju.
    7. Aku patutnya teliti semua soalan yang lecturer aku bagi dan bagi perhatian lebih pada soalan yang dia tekankan. 
    8. Dan aku tak sepatutnya simpan perasaan kat sapa sapa pun. langsung. 

     sebenarnya kita selalu rasa yang kita tak punya apa-apa, tapi kita tak pernah sedar yang kita ada semuanya. sebab kita tak dapat apa yang kita nak, cuma kita akan dapat apa yang kita perlu. He knows best. :) 
    *kita tu lebih kepada aku sebenarnya. :') 

    okebai~